Alahai..Terkena Lagi!

Payah nak cakap kalau masih ada di antara kita yang beli emas tanpa ilmu yang cukup. Banyak skim yang dirancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan menghalalkan cara walaupun pulangan yang dijanjikan adalah salah di sisi agama kita, Islam. Sedarlah kawan-kawan semua. Moga-moga ia tidak berlaku lagi kepada diri kita. Untuk keterangan lanjut, kita ikuti ulasan pakar emas kita di blognya :

1st World Dinar Conference 2010

Jom kita pakat memeriahkan persidangan dinar dunia 2010 di PWTC mulai 22-24 Julai 2010 akan datang. Pelbagai gerai berkaitan dengan emas dan dinar sedia menanti kita semua. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://worlddinarconference.com/

BERITA : Public Gold tawar harga emas 15% lebih rendah


PUBLIC Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold), syarikat yang menawarkan pelaburan emas dalam bentuk emas fizikal menerusi anak syarikatnya, Public Jewellery menawarkan perkhidmatan pembelian dan penjualan barang kemas pada harga 15 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng, berkata orang ramai yang berminat menjadikan emas sebagai satu daripada sumber pelaburan boleh mendapatkan harga jual beli mengikut harga antarabangsa yang dikemaskini setiap 20 minit. 
“Kami mampu menawarkan harga belian dan jualan lebih murah kerana semua kos seperti kos upah tukang dan kedai diserap syarikat kerana setiap tempahan, pembelian dan penjualan dilakukan menerusi laman web iaitu www.publicjewellery.com.my

“Justeru, penjualan dan pembelian secara terus kepada pelanggan tanpa melalui pemborong atau orang tengah. Semua aktiviti dilakukan menerusi Internet.
“Setiap tempahan tidak dikenakan bayaran dan pembayaran hanya dibuat selepas menerima barang,” katanya pada majlis pelancaran Public Jewellery serta Public Silver di Putrajaya, semalam. - HARIAN METRO