PFGI terus mendapat tempat di Malaysia (APEA 2010)

Berikut kami sertakan gambar-gambar sempena anugerah APEA 2010:


Mengapa Pengurus Aset Amerika Syarikat Khuatir Kerajaan Merampas Emas

Sedutan artikel dr -  NASZ GOLD TRADING
Ini adalah ringkasan yang dialih bahasa melalui pembacaan artikel di www.mineweb.com 
Encik John Levin daripada HSBC di dalam konferen emas terbaru memberitahu mengenai beberapa Pengurus Aset Amerika Syarikat tertinggi khuatir mengenai kemungkinan kerajaan akan merampas emas. Dia menerangkan yang peti simpanan di Bank Amerika Syarikat mempunyai ruang yang cukup menyimpan emas mereka. Mereka tidak mahu menyimpan emas mereka di Bank Amerika Syarikat tetapi lebih cenderung menyimpan di Eropah kerana mereka khuatir pada satu masa nanti Pengurusan Emas Amerika Syarikat mungkin akan mengikut jalan yang telah ditentukan oleh Franklin D. Roosevelt pada 1933 dan merampas semua emas daripada pemegang emas di Amerika Syarikat sebagai salah satu strategi Negara dalam menentukan masalah ekonomi dunia. 

SIAPA PENGURUS ASET INI? 
Sebagai pemulaan, mereka adalah orang yang mempunyai kelayakan yang sangat baik dan memahami masuk dan keluar dalam pengurusan pelaburan. Pengetahuan seperti itu menjurus ke arah kewangan termasuk emas. Oleh itu kami mencadangkan yang pandangan mereka mempunyai nilai. 

MENGAPA ROOSEVELT MERAMPAS EMAS PENDUDUK AMERIKA SYARIKAT PADA TAHUN 1933? 
  • Kerajaan Amerika Syarikat sedang berusaha untuk keluar dari kelompok “Depression” ataupun kejatuhan nilai. 
  • Pihak Simpanan Persekutuan (“The Federal Reserve”) telah menyedari bahawa wang Amerika Syarikat berkait rapat dengan emas yang mereka simpan. Pengeluaran wang perlu ditingkatkan. 
  • Hitler mendapat kuasa di Jerman. Potensi peperangan telah wujud. 
  • Nilai emas sebagai simpanan aset menyediakan kecairan (“liquidity”), apabila yang lain gagal sangat difahami. 
  • Kebolehan untuk meningkatkan pengeluaran wang yang disandarkan kepada emas, merupakan peluang yang perlu diambil. 
Tetapi di mana Roosevelt perlu mendapatkan emas-emas yang diperlukan untuk meningkatkan pengeluaran wang yang mencukupi dan menyediakan wang yang diterima di antarabangsa semasa peperangan? Salah satu taktik peperangan yang diketahui selalunya termasuk menyatukan (“fprge”) wang musuh dan merendahkan ekonominya. 

Oleh itu, setiap kelebihan ada di situ bagi merampas emas dan jika diperlukan, untuk menentunilai $ secara cepat bagi meningkat pengeluaran wang. 

DI MANA BOLEH KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT MENDAPATKAN LEBIH BANYAK EMAS? 
Emas yang sangat mudah didapati ialah di kalangan rakyat Amerika Syarikat sendiri. Untuk perkara ini, setiap rakyat Amerika Syarikat perlu mengesahkan semua hartanya setahun sekali kepada Pengutip Cukai. Oleh itu, rekod yang tepat di mana berapa banyak yang dimiliki, oleh siapa dan di mana dapat diperolehi. Cara untuk mengelak perkara ini adalah apabila memiliki Syiling Emas yang jarang dijumpai dimana ia akan keluar daripada bahagian Emas Biasa. 

Ini adalah permulaan yang bagus. Kejatuhan nilai (“Depression”) merebak ke luar Amerika Syarikat dan masalah kewangan pada hari ini dilindungi oleh dunia yang sedang membangun. Jerman sedang meningkat pantas dan jelas menuju peperangan. Eropah dan United Kingdom tidak dapat dikalahkan dalam sesebuah peperangan. 

Ia agak naïf jika kita fikir yang Eropah dn United Kingdom akan terpedaya dengan penukaran nilai matawang Dolar, sepertimana sejarah membawa kita untuk percaya. Tiada Negara lain menukar nilai dengan Dolar Amerika Syarikat. Mereka semua masih memegang nilai tukaran Dolar kepada pertukaran yang digunakan sebelum penukaran nilai. Ini memberikan mereka peluang. Beli emas di London pada harga purata $20 per aun dan jual ia di Amerika Syarikat pada harga $35 per aun dan mendapat keuntungan 75%. It tidak lama sebelum Amerika Syarikat memiliki kebanyakkan Emas Dunia, lebih 26,000 tan. 

APAKAH PRINSIP YANG TELAH DIWUJUDKAN MELALUI PENGUMPULAN EMAS INI? 
  • Pertama sekali ialah kerajaan bukan saja percaya pada kelebihan seseorang untuk memiliki emas, tetapi juga kelebihan itu boleh ditarik balik pada bila-bila masa saja. 
  • Kedua ialah kerajaan akan bekerjasama dalam pengumpulan emas, apabila mereka percaya ia perlu. 
  • Ketiga ialah perampasan merupakan salah satu cara yang akan diikuti oleh satu atau lebih kerajaan bila ia dirasakan perlu kepada kehendak nasional. 

Sudah terang lagi bersuluh!

Jom kita hayati sama-sama... bukan khayalan semata2.. kenyataan seluruh Malaysia. 

Akhbar KOSMO 27 JULAI 2010 :
>> LEBIH MAHAL DISIMPAN LAMA <<

Akhbar HARIAN METRO 30 JANUARI 2010 :
>> SEMINAR DEDAH PELABURAN EMAS <<


Akhbar NEWS STRAITS TIMES 26 JUN 2010 :
>> A GOLDEN OPPORTUNITY <<

Next Target : SILVER !

Available utk 500g dan 1kg.
Harga semasa (23 Julai 2010) utk 500g - RM1227
Harga semasa (23 Julai 2010) utk 1kg - RM2455
Spread harga : 20% (terkini, PFGI telah mengurangkan spread kpd 15%)

The Rise and Rise Of Gold

Surat Khabar Lama!

Harga emas naik Ogos ini?

Kita ikuti analisa yang telah dibuat oleh rakan emas kita. Link

Mungkin ada betulnya..dan mungkin ada tak betulnya...so apa2 pun...baik kita bertindak mulai sekarang. Tak rugi apa2 pun...jadilah seorg penyimpan yang bijak. Emas tak pernah mengecewakan penyimpannya..hanya org2 yang tak simpan emas sahaja yang akan kecewa bila masa berlalu begitu sahaja tanpa tindakan susulan. Tunggu..tunggu..tunggu dan tak percaya.....

Analisa Spread Harga Emas PG

Kat sini saya share spread harga emas PG yang telah dibuat oleh kawan emas kita. Dalam blog saya ni pun dah lama saya buat, maybe org tak perasan atau tak ambik endah. So saya bawakan lagi sekali agar sama-sama kita dapat manfaatnya.

Dinar Emas

Kongsi Pengalaman lagi ! PG vs HJ

Ikuti petikan cerita kawan emas kita. link

Kongsi Pengalaman - Minda Bijak!

Jom ikuti coretan pengalaman kawan emas kita Mohd Syahidan Nordin - link