Apa jua situasi ekonomi dan politik, menyimpan emas menguntungkan anda!

Kita ikuti bicara salah seorang pakar pelaburan emas yang sekarang ini bergelar JUTAWAN EMAS di Malaysia - En Syukor Hashim

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya berharap anda sihat walafiat. Harga emas turun banyak sekarang. Dalam USD870. Jadi ini adalah masa terbaik untuk membeli emas. Baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat peranan emas di dalam 2 situasi yang berbeza.

Yang pertama, ketika keadaan aman, seperti di Malaysia dan kedua ketika krisis ekonomi dan politik, seperti yang sedang berlaku di negara Zimbabwe.

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:

1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai. Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe. Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)

5 ,000,000,000,000,000,000,000% inflasi. Pergh… teruk giler…

Wang 100 billion Zimbabwean Dollar cuma boleh membeli 3 biji telur. Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya (baca kat sini)

Wang kertas Zimbabwe tak laku…

Saudara saudari sekalian, dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai. Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit?

Jawapannya. Emas.

Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang.

Kesimpulannya.

Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.

Kita tetap untung.

Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti. Jadi, dengan harga emas yang turun sekarang nie anda dah boleh beli emas. So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang!

Jual beli emas Public Gold – KEKHILAFAN (CANGGAHAN PENDAPAT)


Artikel disumbang oleh NIZAM AZWADI B. ALI
Salam.
Pada entry kali ini, saya cuba menerangkan beberapa salahfaham tentang perniagaan emas Public Gold yg sering ditanya kpd saya.
  1. Emas public Gold, adalah berbentuk fizikal, boleh dipegang dan dilihat. Pembeli membeli emas berkenaan dan membawa pulang. Bukannya jual beli hanya di atas kertas macam Maybank atau pun Public Bank. Sama juga seperti beli emas di kedai emas, anda bayar duit, anda dapat emasnya. Bezanya dengan kedai emas, bentuk emasnya bukanlah barang kemas, tetapi emas Public Gold adalah berbentuk bar/jongkong/syiling.
  2. CASH AND CARRY. Sebarang urusan belian dan jualan dilakukan secara cash and carry. Apabila persetujuan harga dicapai, pembeli sudah ada cash, tetapkan tempat pertemuan. Namun begitu, adalah tidak menjadi kesalahan jika pembeli ingin bank in duit terlebih dahulu jika ada kepercayaan.
  3. BUKAN SKIM PELABURAN CEPAT KAYA. Perniagaan emas Public Gold, hanyalah berkonsepkan jual beli yang biasa, anda beli, kami (ejen) menjualkan kepada anda. Bukannya seperti skim2 pelaburan yang menjanjikan pulangan sekian sekian berasaskan modal anda. Pembeli emas Public Gold hanya akan mendapat keuntungan apabila adanya kenaikan harga emas, jika ingin menjual semula.
  4. Ejen-ejen (dealer) Public Gold wajib ambil jika pelanggan ingin menjual semula emas-emas yang telah dibeli. Harga yang ditetapkan, adalah harga “buying” semasa di website public gold (KOLUM WE BUY). Jika ada ejen yang tidak dapat beli balik, kemungkinan besar disebabkan ejen berkenaan tidak cukup modal, maka anda dinasihatkan mencari ejen2 yg benar2 bereputasi tinggi macam kami.
ok, sekian dulu untuk kali ini. Selamat membeli-menjual-melabur, bukan Melebur. Terima Kasih.

Panduan untuk pelanggan baru!

ORANG BARU DAN ORANG LAMA (PANDUAN PERMULAAN)
Apa yang perlu anda buat untuk memulakannya?
  1. Tentukan jumlah bajet yg ada (rujuk harga emas semasa di bawah kolum kanan (warna hijau) kotak warna oren)
  2. Call kami 019-936 2935 / 019-947 8686 utk tahu berapa jumlah emas yang akan diperolehi
  3. Jika setuju, proses jual-beli emas akan dijalankan
  4. Sediakan duit mengikut jumlah emas yang diperlukan
  5. Anda takut ditipu dengan jualan emas palsu? Jangan bimbang, emas PG didatangkan dengan Certificate of Authenticity dan diiktiraf oleh Assay Office yang bertauliah oleh BNM
  6. Sesudah itu anda ada 2 pilihan untuk menjana pendapatan anda (atas inisiatif sendiri / melalui bantuan kami):

    • anda beli, anda simpan (paling disyorkan)
    • anda beli, anda jual balik kpd org lain
  7. Perlukan maklumat tambahan? kami sedia membantu. Sms atau call kami 019-936 2935 / 019-947 8686
  8. MALU tapi MAHU. Just YM kami (id - wmdwazir / capteko125)
----------------------------------------------------------------------------------

Berikut kami ringkaskan maklumat bagi pelanggan-pelanggan baru yang 1st time nak tahu dan berjinak-jinak dengan dunia emas ini.
  1. Kenapa kita perlu simpan emas?
  2. Bagaimana wang fiat dicipta?
  3. Kenapa anda perlu beli emas?
  4. Tips membuat keuntungan dengan emas fizikal
  5. Apa yang perlu anda tahu pasal emas?
  6. Dinar emas - pengertian
  7. Peluang keemasan memiliki jongkong dan dinar emas
  8. Dinar emas
  9. Hiper Inflasi?
  10. Kenaikan harga emas 250% dalam masa 5 tahun (2004-2008)
  11. Ikuti kata-kata pakar lain berhubung dengan emas
  12. Apa jua keadaan, menyimpan emas menguntungkan anda!
  13. Pelaburan yang bijak
  14. Emas - alternatif pelaburan terbaik
  15. Selamatkan nilai harta anda
  16. FAQ yang biasa ditanya