Jual beli emas Public Gold – KEKHILAFAN (CANGGAHAN PENDAPAT)


Artikel disumbang oleh NIZAM AZWADI B. ALI
Salam.
Pada entry kali ini, saya cuba menerangkan beberapa salahfaham tentang perniagaan emas Public Gold yg sering ditanya kpd saya.
  1. Emas public Gold, adalah berbentuk fizikal, boleh dipegang dan dilihat. Pembeli membeli emas berkenaan dan membawa pulang. Bukannya jual beli hanya di atas kertas macam Maybank atau pun Public Bank. Sama juga seperti beli emas di kedai emas, anda bayar duit, anda dapat emasnya. Bezanya dengan kedai emas, bentuk emasnya bukanlah barang kemas, tetapi emas Public Gold adalah berbentuk bar/jongkong/syiling.
  2. CASH AND CARRY. Sebarang urusan belian dan jualan dilakukan secara cash and carry. Apabila persetujuan harga dicapai, pembeli sudah ada cash, tetapkan tempat pertemuan. Namun begitu, adalah tidak menjadi kesalahan jika pembeli ingin bank in duit terlebih dahulu jika ada kepercayaan.
  3. BUKAN SKIM PELABURAN CEPAT KAYA. Perniagaan emas Public Gold, hanyalah berkonsepkan jual beli yang biasa, anda beli, kami (ejen) menjualkan kepada anda. Bukannya seperti skim2 pelaburan yang menjanjikan pulangan sekian sekian berasaskan modal anda. Pembeli emas Public Gold hanya akan mendapat keuntungan apabila adanya kenaikan harga emas, jika ingin menjual semula.
  4. Ejen-ejen (dealer) Public Gold wajib ambil jika pelanggan ingin menjual semula emas-emas yang telah dibeli. Harga yang ditetapkan, adalah harga “buying” semasa di website public gold (KOLUM WE BUY). Jika ada ejen yang tidak dapat beli balik, kemungkinan besar disebabkan ejen berkenaan tidak cukup modal, maka anda dinasihatkan mencari ejen2 yg benar2 bereputasi tinggi macam kami.
ok, sekian dulu untuk kali ini. Selamat membeli-menjual-melabur, bukan Melebur. Terima Kasih.