TOKEY EMAS - MASTER DEALER RASMI PFGI SDN BHD

Alhamdulillah, bermula Disember 2009, TOKEY EMAS kini dengan rasminya telah dilantik sebagai Master Dealer Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (PFGI). Kami ingin mengalu-alukan kawan-kawan yang jauh dan dekat untuk sama-sama bergiat aktif di bawah rangkaian kami sama ada bergelar sebagai Dealer PG ataupun Ejen Tokey Emas.
Tiada bajet? Jangan bimbang kami ada caranya utk memastikan hasrat kawan-kawan semua tercapai. Jangan lupa untuk hubungi kami. Insyaallah kami akan bantu sedaya yang mungkin. Kami juga nak mohon kepada kawan-kawan yang nak join perniagaan emas ni agar mendalami dahulu ilmu emas melalui blog kami ataupun blog kawan-kawan kami yang lain agar tiada masalah di masa yang akan datang. Mana yang baik datangnya daripada Allah Taala, mana yang buruk dan lemah itu adalah hasil daripada kelemahan dan kenaifan diri kami sendiri.

SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH DAN FATANAH adalah motto rangkaian perniagaan TOKEY EMAS...

Muat turun dan baca brosur berikut :


Berikut adalah antara VVIP ternama yang menyokong kuat penggunaan dinar emas / emas sebagai mata wang utama Malaysia / dunia:
  1. Y.A. Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - blog
  2. Y.A.B. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat - blog
  3. Y. Bhg. Dato' Salleh bin Majid - blog
  4. Y. Bhg. Prof. Dr. Umar Ibrahim Vadillo (UKM)
  5. Y. Bhg. Prof. Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera (IIUM)
  6. dll (akan ditambah dari masa ke semasa)