Fikirkan kembali apakah matlamat asal kita beli emas?
- Adakah sekadar nak tunjuk-tunjuk kemewahan kita?
- atau saja-saja nak habiskan duit simpanan?
- atau hanya sebagai ikutan kawan-kawan?
- Nak cepat kaya?
- Untuk simpanan masa hadapan?
- Untuk diwarisi sebagai harta pusaka?
- dan pelbagai lagi untuk-untuk yang lain......
Adakah kita sudah mahir dan pakar dalam selok belok perniagaan emas?...Oleh itu, eloklah kita sama-sama muhasabah balik nawaitu kita berkecimpung di dalam perniagaan emas ini selari dengan situasi semasa hari ini. Moga-moga niat kita pada suatu ketika dahulu yang hanya berpaksikan keuntungan jangka pendek kepada berpaksikan keuntungan jangka panjang. Mudah-mudahan kita diberkati Allah Taala.