Bagaimana memulakan BISNES JUAL-BELI EMAS ini?

  1. Dalami dulu ilmu emas. Tanpa ilmu kita akan sesat. Jangan Tamak. Jangan fikir nak kaya cepat. Tiada jalan pintas untuk jadi kaya. Niaga emas ni kena jujur, amanah dan berhemat. Emas ni sejenis logam yang diperlihara oleh Allah Taala.
  2. Buat analisa pergerakkan harga emas.
  3. Pilih kaedah terbaik untuk menjalankan bisnes emas ini.
  4. Sediakan bajet yang terbaik. Lagi besar bajet lagi bagus untuk membolehkan kita memperolehi stok yang banyak pada harga yang terbaik.
  5. Sentiasa memantau turun-naik harga emas dan graf yang telah disediakan. Jika tidak keberatan, catat maklumat yang perlu.
  6. Kita ada 3 pilihan dan ketiga-tiga pilihan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
  7. Pilihan 1 - Kita beli, kita simpan (jadikan aset tetap) - paling disyorkan. Kita jual balik bila cukup tempoh setahun dan ke atas. Atau pun kita nak simpan buat selama-lamanya, yg tu terpulang kepada pembeli. Sudah masanya kita tukar mind set kita daripada simpan duit dalam bank kepada simpan emas dalam bank. Insyaallah untungnya jauh lebih tinggi, malah amat-amat tinggi jika kita bandingkan jumlah simpanan wang yang sama yang digunakan untuk membeli emas. Simpanan emas tersebut boleh disimpan dengan menggunakan kaedah sewaan loker di bank-bank tempatan. Murah je dalam RM80-RM150 setahun. Contohnya HSBC mengenakan bayaran RM120-sewa tahunan dan RM280-kunci loker peribadi. Pastikan loker tersebut mempunyai insurans. Pilihan 1 ini kami syorkan kepada pembeli yang mempunyai tahap kewangan yg amat baik dan berlebihan. Pilihan ini bersesuaian kepada pembeli yang mempunyai perancangan jangka panjang. Mengikut kajian pakar, peratusan kenaikan setiap tahun adalah dalam lingkungan 50% setahun.
  8. Pilihan 2 - Kita beli, kita jual balik (minimum dlm tempoh seminggu, lagi lama tempoh lagi baik). Jangan kita harapkan bila kita beli emas hari ini, esok terus kita nak hasilnya yang berlipat kali ganda. Sikap ini tidak bersesuaian dengan urusan jual-beli emas. Perlu kita ingat bahawa bisnes emas ini adalah bisnes jangka panjang. Tiada satu perniagaan pun yang tiada cabaran, yang tiada turun-naiknya dan tiada untung-ruginya. Jadi banyakkan bersabar. Pilihan ke-2 ini adalah satu pilihan yang baik bagi pembeli yang hendak mencari keuntungan jangka pendek. Caranya bagaimana? Kami bg contoh, katakan masa kita buat order emas harganya rm2700.00 utk 1 keping 20g. Kita buat order 10 keping. So apa langkah seterusnya?. Apabila emas tersebut sudah ada dlm genggaman kita, kita simpan dulu buat sementara waktu. Apabila harganya sudah menjangkau kepada rm2800.00 dan ke atas, kita cari pelanggan dan jual. Katakan kita jual dengan harga rm2800. Maka kita dah untung rm100 atas 1 keping. kalau 10 keping kita akan dapat rm1000 kan?. Tu baru seminggu / 2 minggu. Sapa nak kasi mudah2 rm1000 dlm masa seminggu / 2 minggu? Tiada pembeli? atau kita tak jalankan kerja jualan kita? Bila sebut bisnes, maka asas jualan tu kena dilaksanakan. Pada peringkat awal ini jangan ingat bahawa pelanggan akan cari kita, kita yg perlu cari pelanggan. Bila dah naik sikit, insyaallah pelanggan akan datang kpd kita. Kalau dah tak ada sgt pelanggan untuk jual, call kami, kami akan cuba tolong. Untuk makluman semua pihak, pergerakkan harga naik setiap minggu / setiap 2 minggu bagi wafer emas 20g adalah dlm lingkungan rm100-rm200 utk 1 keping, wafer 50g dalam lingkungan rm300-rm500 utk 1 keping, manakala wafer 100g dalam lingkungan rm400-rm700 untuk 1 keping. Ni adalah analisa yang telah kami buat sendiri dlm masa sebulan ini. Apa taknya...sahabat kami dah dpt untung rm10k daripada simpanan emas 700g yang ada dgnnya menggunakan pendekatan ini. Peratusan kenaikan setiap bulan adalah 4%-5%. So jgn bimbang...banyakkan bersabar dan jgn tamak!
  9. Pilihan 3 - Kita beli, kita gadai/pajak. OPTION INI DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU DISEBABKAN BR MENGHENTIKAN OPERASI GADAIAN WAFER EMAS BUAT SEMENTARA WAKTU DI ATAS SEBAB-SEBAB TEKNIKAL YANG TIDAK DPT DIELAKKAN.
  10. Akhir sekali, nasihat kami, kalau kita tiada duit, kita pakat kumpul-kumpul dulu duit kita, lepas tu bila dah cukup baru kita beli emas. Selain daripada tu, kita juga boleh buat pilihan 2 dan pilihan 1 sebagaimana yang dinyatakan di atas. Insyaallah, kita akan memperolehi keuntungan sepertimana yang dihajatkan. Banyakkan sedekah, banyakkan sifat redha, jangan tamak, jangan dengki antara satu sama lain dan jangan malas berusaha, Insyaallah kita akan berjaya....