BERITA : Public Gold tawar harga emas 15% lebih rendah


PUBLIC Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold), syarikat yang menawarkan pelaburan emas dalam bentuk emas fizikal menerusi anak syarikatnya, Public Jewellery menawarkan perkhidmatan pembelian dan penjualan barang kemas pada harga 15 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Pengasas merangkap Pengerusi Eksekutif Public Gold, Louis Ng, berkata orang ramai yang berminat menjadikan emas sebagai satu daripada sumber pelaburan boleh mendapatkan harga jual beli mengikut harga antarabangsa yang dikemaskini setiap 20 minit. 
“Kami mampu menawarkan harga belian dan jualan lebih murah kerana semua kos seperti kos upah tukang dan kedai diserap syarikat kerana setiap tempahan, pembelian dan penjualan dilakukan menerusi laman web iaitu www.publicjewellery.com.my

“Justeru, penjualan dan pembelian secara terus kepada pelanggan tanpa melalui pemborong atau orang tengah. Semua aktiviti dilakukan menerusi Internet.
“Setiap tempahan tidak dikenakan bayaran dan pembayaran hanya dibuat selepas menerima barang,” katanya pada majlis pelancaran Public Jewellery serta Public Silver di Putrajaya, semalam. - HARIAN METRO