
"Sebenarnya, istilah masa terbaik untuk beli emas ni adalah beli ketika murah, jual ketika mahal. Betulkan? Tapi kita tahu ke bila nak murah? bila nak mahal? Yang biasa kita semua dengar adalah emas sentiasa naik harganya saban hari, minggu, bulan dan tahun. Cuma mungkin ada beberapa detik dan ketikanya harga semasa emas dunia turun di paras yang boleh dikategorikan sebagai rendah daripada biasa. Itu pun masih di dalam graf menaik dan hanya dalam masa yang singkat serta memerlukan pemantauan rapi oleh para pembeli emas jika ingin mendapatkannya..."

Kalau ada sesetengah dealer yang boleh bg garenti harga emas akan datang mcm ni mcm ni..saya anggap itu bohong. Apa yang boleh kita buat, hanyalah meramal harga dan mungkin harganya sama, jatuh atau naik. Nama pun RAMALAN. Tapi semuanya berkait dengan ilmu. Kita kena rajin baca analisa emas. Artikel2 yang ada hubungkait dengan emas dan sebagainya. Insyaallah, jika ilmu kita mantap, kita mampu berjaya.

- Tokey Emas -
" Beli Emas Dengan Ilmu...."