Mohd Hasfarizan Md Hashim
Alhamdulillah ..syukur kepada Allah diatas peluang yang diberikan kepada saya dan isteri saya untuk kami melangsungkan penikahan kami (11 Mac 2011) dengan menggunakan dinar sebagai wang hantaran mas kahwin.... saya tak sangka Pejabat Agama Nikah Kahwin Machang menerima dinar selain dari Dinar Kelantan..ini membuktikan bahawa dinar diterima semua tak kira dari mana keluarannya...kerana antara ayat yg dikatakan oleh jurunikah.."emas pun duit juga" ... oleh itu..apa yang penting adalah ianya emas..yang dinilai dari ketulenan dan berat....alhamdulillah.. inilah yang dikatakan tiada paksaan...bebas memilih...tetapi walaubagaimanapun..mesti dinyatakan dalam RM...jadi totalnya 16 dinar bersamaan dengan RM10,676.00... saya mulakan melabur emas dengan membeli set dinar pada tahun 2009 yang berharga RM8880.00..alhamdulillah..dinar yang saya gunakan adalah dari Public Gold.