Tun M kata SAHAM tak realistik dah buat masa ni ! Tiada nilai !

BILA MELABUR SAHAM JADI TIDAK REALISTIK

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata adalah tidak realistik untuk melabur dalam pasaran saham dengan berharap harganya akan meningkat. Malah, tindakan itu tidak menyumbang kepada ekonomi negara, kata beliau.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut ucapan beliau mengenai pelaburan saham yang tidak realistik pada majlis pelancaran Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2011 di sini hari ini. Beliau menyifatkan pelaburan dalam pasaran saham semasa sebagai tidak realistik dan umpama memperjudikan nasib.

Katanya, pelaburan dalam saham-saham yang tidak menentu untung atau rugi tidak menyumbang secara langsung kepada ekonomi negara. Malah, katanya, pelaburan jenis itu hanya untuk mereka yang ingin wang melalui jualan singkat (short selling).