sumber : http://bigfishteam.wordpress.com/
KENAPA PELANGGAN MEMILIH ANDA
Tahukah anda kenapa prospek atau pembeli memilih anda untuk berurusniga?
Apakah yang menyebabkan mereka memilih anda?
Bagaimana mereka secara emosinya sanggup mengeluarkan wang semata-mata untuk berurusniaga dengan anda?
Kata kunci adalah KREDIBILITI. Kredibiliti akan melambangkan keupayaan anda. Bagaimana keupayaan anda mampu memberi manfaat kepada prospek mahupun pelanggan yang telah sedia ada.
Jadi anda perlu sedar kenapa prospek memilih seseorang penjual.
- Pembeli memilih seseorang yang mereka kenal atau tahu siapa penjualnya
- Pembeli memilih penjual yang boleh dipercayai kerana ketakutan takut ditipu
- Pembeli memilih penjual yang berkemampuan untuk membantu mereka jika mereka bermasalah
- Pembeli memilih penjual yang mampu memberi manfaat yang pasti kerana mereka mengharapkan supaya wang yang mereka keluarkan adalah sesuatu yang sangat berbaloi
- Pembeli memilih penjual yang benar-benar seorang pemain dalam bidangnya
Dengan kata ringkasnya pembeli memilih seorang yang dikatakan pakar yang dikenali dalam pasaran. Seorang pakar yang tiada keraguan atas KREDIBILITINYA.
- TOKEY EMAS -
- TOKEY EMAS -