- http://www.putremas.com/2010/06/dinar-sebagai-tabungan.html
Alhamdulillah, petang semalam sempat hantar 2 x 1 dinar yang dipesan oleh pelanggan. Beliau telah membeli dinar dengan menjual emas lama yang rosak dan tidak digunakan. Setelah dilakukan kira-kira, beliau hanya perlu menambah RM250 untuk mencukupkan jumlah pembelian 2 x 1 dinar tersebut.
Semasa sesi penyerahan dinar, beliau bercerita bahawa beliau ada bersembang dengan suaminya untuk menukar tabungan anak-anak dari wang ke dinar. Beliau seakan-akan baru tersedar bahawa menyimpan emas lebih baik dari wang.
Selepas itu, saya bertemu pula dengan 2 pelanggan yang berminat untuk mengetahui pasal emas. Saya ceritakan segalanya mengenai kelebihan emas dan mereka bersetuju bahawa menyimpan emas lebih baik dari wang serta memang menguntungkan.
Anda sendiri boleh membuat kira-kira dan perbandingan kenaikan / keuntungan setiap tahun antara mana-mana simpanan berbanding emas. Insya Allah, jika ada kelapangan masa, saya akan paparkan perbandingan tersebut di sini sebagai renungan dan panduan kita bersama.
~ Meminimakan kerugian, Memaksimakan keuntungan ~