Kongsi Soalan dan Jawapan Lazim !

Sedutan artikel daripada : Inspirasi Emas

Penulisan blog saya kali ni adalah nak terangkan secara ringkas apakah yang ada perlu buat lepas dah jadi Agen yang sah Public Gold. Saya pasti, mesti banyak soalan-soalan yang agen-agen terima termasuk saya sendiri. Antara bentuk soalan yang kerap kali diajukan lebih kurang macam kat bawah ni

"Saya jadi Agen, lepas tu saya kena cari orang bawah saya ke??" 
"Lepas saya beli emas abang ni, saya nak main macamana?" dan soalan yang agak hot sekali, soalan kat bawah ni.. 
"Tak takut ke Bank Negara tahan sebab jual emas ni..?dah banyak company yang jual emas ni kena tutup"

ok, jom kita cuba selesaikan satu persatu persoalan di atas ;

"Saya jadi Agen, lepas tu saya kena cari orang bawah saya ke??" 
Bagi menjawab soalan diatas, sebenarnya, tujuan anda menjadi agen adalah untuk menjual produk tersebut disamping menambah pendapatan melalui komisen yang diberikan. Semakin banyak yang anda jual, maka semakin banyak la komisen yang anda terima. Public GOld tidak mengamalkan konsep seperti uptrend ke downtrend ke piramid ke ape lagi ek..hurmm downline upline haaa dan lain lain yang sekutu dengannya..hehe (kalau rajin cuba baca ni artikel dari zaharuddin.net). Apa yang dibuat adalah, anda sebagai agen hanya perlu menjual emas tersebut. Kalau taknak jual pon takpe, cuma xdapat la komisen. Tak perlu susah susah nak cari orang bawah. Sebab bukan semua orang kaya bukan semua orang mampu ade duit nak jadi agen. Jadi untuk itu, tugas kita cuma jual emas. Ingat emas adalah suatu pelaburan jangka panjang..jadi, sambil anda berniaga dalam masa yang sama sebenarnya anda sedang malabur untuk jangka panjang. Sebab tu tokei emas tak tutup kedai. Orang nak beli ke x nak beli ke harga emas tetap naik..Tak ke best macam tu??ehhe..

"Lepas saya beli emas abang ni, saya nak main macamana?" 
hurm.. yang ni soalan paling bes..sebenarnya lepas dah beli emas ni, apa yang kita kena buat cuma simpan saja. Beli dan simpan. :) Bila agak2 nak guna duit, baru la jual balik emas tu..tapi kena ingat..Emas ni pelaburan jangka panjang..lagi lama simpan..lagi bernilai la emas tu.. :)

"Tak takut ke Bank Negara tahan sebab jual emas ni..?dah banyak company yang jual emas ni kena tutup"
Sebenarnya, apa yang dipraktikkan oleh Public Gold adalah mudah. Konsep yang dijalankan sangat mudah iaitu sama macam kedai-kedai emas yang lain. Agen ni atau erti kata lain adalah Pengedar (Dealer) tapi awas..bukan pengedar dadah..cuma pengedar EMAS hehe.. Ok apa yang kedai emas buat? Kita pergi kedai emas sebab nak beli emas. Then kita akan pilih emas tu..lepas dah pilih kita pun buat pembayaran. Lepas dah buat pembayaran maka dapat la Emas tersebut. Maka BELI EMAS DAPAT EMAS. Ok Faham x?hehe macam ni, apa yang saya nak sampaikan disini, Public Gold pon mengamalkan konsep yang sama.Iaitu, kita cuma perlu masuk website Public Gold..lepas tu pilih emas mana yang kita nak..lepas dah pilih boleh call Public Gold @ mana2 agen Public gold yang lain termasuk saya sendiri. Lepas tu, boleh buat payment direct kat Public gold atau mana2 agen. Lepas tu dapat la emas. Jadi konsepnye sama..BELI EMAS DAPAT EMAS. Konsep ini tak sama macam konsep yang diamalkan oleh company2 yang dah kena block oleh Bank Negara. Kebanyakkan dari mereka mengamalkan konsep beli emas tapi emas mereka simpan atau beli emas bulan bulan dapat dividen..mungkin anda semua boleh baca artikel2 yang saya penah post kan sebelum ni.


Saya cuma berharap, anda semua tidak tertipu dengan taktik jualan yang mengamalkan skim cepat kaya..biar lambat asal selamat.. :)